48 Jam Mesti Beli @ Antara Gapi sasar jualan RM5 juta

PKNS rai warga kerja, anak cemerlang akademik
15/09/2020
LANGKAH PENCEGAHAN MENJADI AGEN PENYEBAR COVID-19
02/10/2020
Lihat semua

PROGRAM 48 Jam Mesti Beli @ Antara Gapi menyasarkan jualan sebanyak tujuh unit hartanah dengan nilai jualan RM5 juta dalam tempoh 48 jam bermula 26 hingga 27 September 2020 di Antara Gapi, Serendah.

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Hajah Siti Zubaidah Haji Abd Jabar berkata, program itu yang memasuki penganjuran kali kedua, menawarkan baki empat unit kedai pejabat di Gapi Avenue 3 dan 12 unit kedai dua tingkat di Avenue 4.

“Kami juga menawarkan 12 unit rumah berkembar dua tingkat Cassia, 67 unit rumah berkembar dua tingkat Azhara dan 82 unit rumah berkembar dua tingkat Lavender.

“Jumlah keseluruhan stok yang kita promosikan pada orang ramai sepanjang 48 jam ini adalah sebanyak RM96.7 juta, itu nilainya,” katanya selepas menyempurnakan acara pelepasan kepada peserta kayuhan santai sempena program itu.

Terdahulu, Hajah Siti Zubaidah beserta Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Tengah, Encik Azmi Adnan dan Pengurus Kanan Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Haji Ishak Hashim menyempurnakan majlis Trees for Life @ Antara Gapi.

Majlis turut diserikan dengan kemunculan pelawak dan pelakon, Azlee Jaafar dari kumpulan Senario sebagai pengacara.

Menurut Hajah Siti Zubaidah, PKNS turut menjalin kerjasama erat dengan penduduk tempatan menerusi Persatuan Penduduk Antara Gapi.

Coretan lensa sekitar Program 48 Jam Mesti Beli @ Antara Gapi di Antara Gapi, Serendah.

 

 

Comments are closed.