48 Jam PKNS Merdeka Bonanza sasar jualan RM10 juta

KSR anjur ‘cycling, hiking’ sempena ulang tahun PKNS
02/09/2020
Dedikasi, komited terhadap kerja keutamaan Yeo
07/09/2020
Lihat semua

PKNS meneruskan program jualan hartanah dengan menawarkan pakej dan tawaran eksklusif kepada pembeli menerusi Program 48 Jam PKNS Merdeka Bonanza di Galeria dan Dataran Bisnes, Ibu Pejabat PKNS pada 30 Ogos 2020.

Menawarkan diskaun sehingga 20 peratus, program itu menyasarkan nilai jualan lebih RM10 juta.

Pengurus Kanan Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Tuan Haji Ishak Hashim berkata, sebanyak lapan projek hartanah yang dijual bermula pada harga RM400,000 di kawasan Bernam Jaya, Kota Puteri, Antara Gapi, Shah Alam, Kuala Selangor dan Alam Nusantara.

Menurut Tuan Haji Ishak, selain menawarkan diskaun sehingga 20 peratus, PKNS juga menyediakan pakej lain seperti baucar barangan rumah bagi projek terpilih, yuran guaman Sales & Purchase Agreement (SPA) percuma dan duti setem surat tukar hak milik (MOT) percuma.

“Selain itu, kesemua rumah projek perumahan ini telah siap dibina dan sedia diduduki. Kita juga menyediakan pelbagai jenis pilihan rumah iaitu rumah link, superlink, berkembar atau pangsapuri.

“Malah, kesemua projek ini terletak di beberapa lokasi strategik yang mempunyai akses lebuh raya. Sasaran nilai jualan yang dibuat adalah selepas mengambil kira semua aspek berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan Hartanah Wilayah Utara, Muhammad Syaizzat Zaharin Shah berkata, selain penjualan melibatkan lapan projek tersebut, program ini juga membuka pendaftaran untuk tiga projek baharu.

Katanya, Projek Puteri Ayra di Seksyen 8, Kota Puteri menawarkan 101 unit pada harga RM525,000 sementara Projek Saira di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pula berharga RM440,000 mempunyai 163 unit. Kedua-dua projek ini adalah rumah teres dua tingkat.

“Manakala, bagi Projek Taman Sijangkang Jaya, Banting yang dibina sebanyak 200 unit ini mempunyai dua jenis iaitu satu dan dua tingkat masing-masing menawarkan harga dari RM300,000 hingga RM450,000.

“Kesemua projek ini dijangka dilancarkan pada Oktober hadapan. Menerusi Program 48 Jam Bonanza Merdeka ini, kita menawarkan pakej menarik dan membantu dalam memudahkan urusan pembelian,” katanya.

Sekitar Program 48 Jam PKNS Merdeka Bonanza di Galeria dan Dataran Bisnes, Ibu Pejabat PKNS pada 30 Ogos lalu.

 

 

 

Comments are closed.