PKNS tawar diskaun berganda sempena ulang tahun ke-55
05/08/2019
Aidiladha disambut meriah dalam sederhana
19/08/2019
Lihat semua

Nama: Ahmad Zailani bin Mohamad Ali

Tarikh lahir: 28 November 1962

Asal: Meru, Klang

Umur: 57 tahun

Jawatan: Ketua Akauntan Perbendaharaan PKNS

BAGAIMANAKAH BOLEH SERTAI PKNS?

Sejujurnya saya tidak pernah memohon kerja di PKNS, melainkan saya ada mendaftar permohonan kerja di Pejabat Buruh. Setelah bekerja kira-kira tiga bulan di tempat lain, saya mendapat tawaran bekerja sebagai kerani di Bahagian Kewangan PKNS mulai 20 Mei 1982.

Sejak dari mula bekerja lagi saya tidak pernah bertukar jabatan dan pada tahun ini genaplah 37 tahun saya berkhidmat di Bahagian Kewangan PKNS. Dalam tempoh itu, saya pernah memegang jawatan sebagai Penolong Akauntan sebelum menjawat jawatan terkini, iaitu Ketua Akauntan Perbendaharaan PKNS.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (SKSB) Meru, Klang dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah (SMTIS) Kapar, Klang sebelum berpindah ke Sekolah Tuanku Ampuan Rahimah (STAR), Klang sehingga tamat tingkatan 6.

Pada awalnya saya tiada sijil, diploma atau ijazah. Namun setelah beberapa tahun bekerja di PKNS, saya menyambung pengajian ketika itu dipanggil Pengajian Luar Kampus (PLK) pada peringkat diploma dalam bidang perakaunan di ITM, Shah Alam (kini UiTM Shah Alam). Kemudian saya menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama di tempat yang sama.

PENGALAMAN PALING MENCABAR SEPANJANG BERTUGAS DI PKNS

Saya bersyukur kerana PKNS sentiasa memberi peluang kepada anggota untuk menyambung pelajaran. Habis waktu bekerja, saya bergegas menghadiri kelas bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.  Akhirnya, saya berjaya peroleh diploma dan ijazah sarjana muda dalam tempoh tujuh tahun.

Ketika mula bekerja, Bahagian Kewangan PKNS menggunakan cara manual dalam membuat dokumentasi dan transaksi kewangan. Pada 1996, sistem perakaunan berkomputer mula diperkenalkan dan kami semua di Bahagian Kewangan perlu menguasai sistem tersebut.

Selain itu, saya perlu ‘kejar’ penghutang dan pembekal PKNS serta perlu berhadapan dengan auditor kewangan yang mana inilah antara cabaran yang perlu saya hadapi.

CARA MEMOTIVASI DIRI

Ada masa kita setia dengan kerja dan ada masanya juga kita akan merasa depression dengan suasana dan persekitaran kerja. Saya pernah mendapat tawaran kerja dari syarikat lain, tetapi setelah berfikir panjang saya menolak kerana mengenangkan begitu banyak kemudahan yang terdapat di PKNS selain melihat PKNS adalah adalah sebuah badan berkanun yang sentiasa berdaya saing.

NASIHAT KEPADA GENERASI MUDA

Generasi muda di PKNS perlu sentiasa sabar dan bijak memotivasikan diri serta menjalankan tugas dengan cekap dan amanah. Apabila diberi tanggungjawab, lakukan dengan sepenuh hati dan beri perkhidmatan yang terbaik supaya dapat menjadi role model kepada warga kerja PKNS yang lain.

HARAPAN KEPADA PKNS

Semoga PKNS kekal relevan untuk negeri Selangor dan terus mengorak langkah dan pergi lebih jauh lagi dalam pelbagai bidang terutama hartanah.

PENCAPAIAN

Sepanjang bekerja, saya pernah mendapat Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Sultan Selangor pada tahun 2005, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2003 dan 2010 dan menjadi johan sempena Kejohanan Ping Pong Gemaputra di Langkawi pada tahun 2004.

 

Comments are closed.