Aksi persahabatan erat hubungan

PKNS terus cipta kejayaan
08/04/2021
Program Pementoran relevan diteruskan
13/04/2021
Lihat semua

BUKAN pemenang yang dicari, sebaliknya hubungan silaturahim menjadi agenda utama aksi bola sepak persahabatan membabitkan Bahagian Teknikal yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kompleks Sukan PKNS SS7, Kelana Jaya.

Pelbagai aksi menarik ditampilkan dalam perlawanan membabitkan dua kumpulan di bawah kluster Teknikal PKNS itu iaitu Pengurusan Projek dan Khidmat Teknikal.

Pengurus Kanan Pengurusan Projek Wilayah Tengah, Tuan Ir. Haji Mohd Shahrol Md Sharif berkata, perlawanan persahabatan tersebut yang membabitkan 54 anggota atau pemain bertujuan sebagai sesi suai kenal dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kedua-dua kumpulan besar di bawah kluster teknikal.

“Setiap bahagian ada tugasan masing-masing. Pengurusan Projek lebih kepada berada di lapangan manakala Khidmat Teknikal tugas mereka banyak di pejabat.

“Jadi sebab itu perlawanan ini dibuat. Sebelum ini kami hanya berjumpa ketika mesyuarat, tetapi sekarang ini boleh berjumpa di padang pula.

“Ini adalah acara pertama yang dianjurkan dan melihatkan kepada sambutan yang diterima, kami mungkin bercadang menjadikan perlawanan persahabatan ini sebagai acara tahunan,” katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 80 minit itu, pasukan daripada Bahagian Khidmat Teknikal yang menggelarkan diri mereka sebagai CinHo (jersi merah) mencatat kemenangan 4-3 ke atas Bahagian Pengurusan Projek atau ProT (jersi hitam).

Aksi mantap dipamerkan pemain dari kedua-dua pasukan.

 

Comments are closed.