Bubur lambuk ‘legend’ kembali

GROW PKNS 2020 catat jualan RM4 juta
16/04/2021
Lihat semua

Kerinduan warga PKNS terhadap keenakan bubur lambuk Kampung Baru ketika Ramadan terubat apabila tahun ini PKNS meneruskan tradisi mengedar bubur berkenaan setelah tahun lalu tidak dapat berbuat demikian.

Hal ini kerana, negara ketika itu berada di awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan pandemik COVID-19.

Sebanyak 4,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada seluruh warga kerja PKNS di mana, 1,000 yang pertama telah diedarkan dalam Majlis Agihan Bubur Lambuk Kasih yang diadakan di Ibu Pejabat PKNS pada 19 April 2021. Manakala, baki selebihnya diedarkan pada 22 dan 28 April serta 6 Mei 2021.

Edaran dibuat ke seluruh pejabat cawangan PKNS meliputi Ibu Pejabat PKNS, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Kompleks PKNS Kuala Selangor.

Terdahulu, gimik perasmian majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Haji Abd Jabar. Hadir sama, beberapa Ahli Pengurusan dan Ketua Bahagian.

Paparan lensa sekitar gimik perasmian majlis berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat PKNS pada 20 April 2021.

 

 

Comments are closed.