Video Penggunaan Penutup Mulut dan Hidung (Tiga Lapis)
04/03/2020
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA SISTEM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM DI KEMBOJA
21/07/2020
Lihat semua

PERSONALITI PKNS

Nama: Farhan Adam
Umur: 31 tahun
Asal: Ampang, Selangor
Jawatan: Pembantu Tadbir di Bahagian Pembangunan Sukan (BPS)

SEJAK BILA MEMULAKAN KARIER DENGAN PKNS?

Sebelum ini saya berkhidmat di Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk beberapa bulan. Apabila menerima tawaran pada Jun 2012, saya tidak melepaskan peluang untuk bersama PKNS kerana ia impian saya sejak dahulu lagi. Malah, sebelum berkhidmat di PKNS, saya juga pernah bermain sepak takraw mewakili PKNS selama dua tahun bermula 2010.

BERKHIDMAT DI BAHAGIAN MANA?

Pada mulanya saya berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Ukur Bahan dan pada 2017 berpindah ke Bahagian Pembangunan Sukan (BPS) sehingga kini. Bagaimanapun, saya tidak memfokuskan aktiviti sukan sahaja dan akan turun padang untuk membantu mempromosikan PKNS jika diperlukan.

BAGAIMANA SOKONGAN PKNS DALAM KARIER SEBAGAI ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA?
PKNS sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang bergelar atlet sepak takraw dan dalam masa sama memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan karier di PKNS. Sekiranya saya mempunyai perlawanan terutama mewakili negara, PKNS akan memberi pelepasan. Saya tidak melepaskan peluang yang diberikan dan sentiasa mencuba untuk membawa nama PKNS ke peringkat lebih tinggi.

IDOLA ANDA DALAM BIDANG SUKAN?
Saya menjadikan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei sebagai idola kerana kesungguhan yang ditunjukkannya sehingga menjadikan beliau sebagai salah seorang atlet paling disegani di dunia. Apa yang saya kagum, beliau tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan untuk terus berjaya dan mengharumkan nama negara.

HARAPAN KEPADA PKNS PADA MASA AKAN DATANG?Kemungkinan dalam dua tiga tahun akan datang, saya tidak lagi bermain dengan pasukan kebangsaan. Jadi saya bercadang untuk menubuhkan akademi sepak takraw di bawah PKNS dan menggunakan sijil jurulatih sepak takraw yang saya ada untuk melahirkan pemain-pemain pelapis.

5 PERKATAAN MENGGAMBARKAN DIRI ANDA?
Serius, komited, pejuang, pantas dan peramah. Sekiranya orang luar tidak mengenali, mereka akan mengatakan saya seorang yang garang dan serius. Namun saya sebenarnya seorang yang peramah dan senang diajak berbual.

 

Pencapaian:

  • Olahragawan Selangor 2018
  • Pemenang pingat emas Sukan Asia 2018
  • Pemenang pingat emas Sukan Sea 2015 dan 2017

Comments are closed.