‘Food Bank For You’ bantu anggota PKNS terjejas akibat COVID-19

Kempen PKNS PLUS diperhebat menerusi platform digital
01/03/2021
Waris mangsa kemalangan di Turki terima pampasan
22/03/2021
Lihat semua

BAGI meringankan beban anggota yang terkesan akibat pandemik COVID-19, PKNS mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Food Bank For You’ dalam satu majlis di Dewan Galeria, Ibu Pejabat PKNS baru-baru ini.

Program julung kali diadakan yang dikendalikan oleh Badan Islam PKNS itu memberi manfaat kepada 54 anggota.

Presiden Badan Islam PKNS, Encik Ahmad Hazim Ramli berkata, pihaknya mendapat inspirasi menganjurkan program berkenaan menerusi pendekatan dilakukan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Lebih-lebih lagi, jelas beliau, apabila terdapat anggota PKNS sendiri yang terjejas sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.

“Program ‘food bank’ ini merupakan cetusan Idea Timbalan Presiden Badan Islam PKNS, Puan Rahayu Bahari melalui sesi percambahan fikiran untuk program yang boleh dianjurkan oleh Badan Islam PKNS bagi membantu anggota yang memerlukan dan telah diterima serta diluluskan di dalam mesyuarat sebelum mencadangkan kepada pihak pengurusan.

“Alhamdulillah, mereka semua bersetuju dengan program di bawah Biro Kebajikan ini dan kami terus membuat hebahan. Anggota yang terkesan boleh membuat permohonan dipautan yang disediakan dan untuk fasa pertama ini semuanya diluluskan kerana berkelayakan.

“Bantuan ini diberikan kepada anggota yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terjejas kewangan isi rumah kerana mempunyai tanggungan ramai,” katanya.

Mengulas lanjut, Encik Ahmad Hazim berkata, sebahagian sumbangan bagi menjayakan program ini diterima daripada anggota yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Jelasnya, terdapat anggota PKNS yang bersara tertarik dengan penganjuran program tersebut dan menghubunginya secara peribadi untuk memberikan sumbangan.

“Sambutan yang diterima dalam program ini amat menggalakkan dan kita bercadang untuk mengadakan fasa kedua bagi meneruskan bantuan kepada anggota terkesan,” ujarnya.

Ahli Badan Islam PKNS membungkus barangan yang akan diagihkan kepada penerima.

 

Comments are closed.