Jasamu Dikenang Encik Azmi…

PKNS bantu pembinaan Makmal Ibadah SRA Dusun Nanding
12/12/2020
PKNS santuni Orang Asli Pulau Indah
18/12/2020
Lihat semua

Tanggal 7 Disember 2020, menyaksikan Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Tengah, Encik Azmi Adnan mengakhiri perkhidmatannya setelah 41 tahun 2 bulan berkhidmat di PKNS. Beliau menyertai PKNS pada tahun 1979 sebagai Pegawai Kerani Tingkatan Biasa sehingga berjaya menjadi salah seorang Ahli Pengurusan PKNS.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti beliau selama berkhidmat di PKNS. Sesungguhnya segala usaha dan pengorbanan yang telah disumbangkan akan dikenang.

Seluruh warga PKNS mengucapkan selamat bersara kepada Encik Azmi, semoga sentiasa diberi perlindungan serta kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT.

Encik Azmi mengetip kad perakam waktu buat kali terakhir, berkhidmat di PKNS.

 

 

 

 

Comments are closed.