Kempen PKNS PLUS diperhebat menerusi platform digital

Prihatin nasib anggota terjejas COVID-19
22/02/2021
‘Food Bank For You’ bantu anggota PKNS terjejas akibat COVID-19
03/03/2021
Lihat semua

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu, PKNS mula memperhebatkan promosi dan pengiklanan hartanah secara digital bagi memastikan jualan terus dapat dibuat.

Terbaharu, PKNS telah melancarkan ‘Kempen PKNS PLUS’ secara dalam talian yang merupakan kesinambungan daripada kejayaan ‘Kempen 48 Jam Mesti Beli’ yang diadakan pada 2020 dengan diberi nafas baharu.

Pengurus Kanan Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Tuan Haji Ishak Hashim berkata, kempen kali ini menawarkan pelbagai pakej menarik dan diskaun tambahan yang mampu membantu pembeli untuk mendapatkan kediaman idaman.

Menurutnya, PKNS PLUS yang membuka tirai pada 27 dan 28 Februari lalu, merupakan akronim kepada potongan harga (P), lambakan pakej menarik (L), unit nilai tinggi (U) serta selesa dan luas (S).

“Kesemua bakal pembeli hartanah PKNS akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus serta pakej menarik seperti yuran guaman percuma untuk Perjanjian Jual Beli (SPA), duti setem Pindah Milik (MOT) dan pakej hiasan dalaman untuk projek terplih, selain pulangan pelaburan yang tinggi pada masa akan datang.

“Tawaran atau promosi yang diberikan hanya terhad kepada pembelian yang dibuat dalam tempoh kempen,” katanya.

Tambah beliau, bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan dalam tempoh kempen sepanjang PKP ini, pihaknya menggunakan langkah 5T iaitu ‘Tengok Rumah’, ‘Telefon PKNS’, ‘Tempah Kediaman’, ‘Terima Tawaran’ dan ‘Tidur Lena’.

Mengulas mengenai kempen berkenaan, Tuan Haji Ishak berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila hanya dalam tempoh tujuh hari, sebanyak 43 unit rumah berjaya dijual dengan nilai jualan berjumlah RM18.57 juta.

“Bagi meneruskan momentum kejayaan PKNS PLUS, kempen tersebut akan diteruskan dalam masa terdekat dengan memfokuskan kepada perbandaran Antara Gapi dan Bernam Jaya,” katanya.

 

Comments are closed.