Lebih 60 anggota bertukar pendapat dalam urusan pindah milik

Sasar skor 4.0: Dato’ Azizi
07/02/2020
PKNS terus santuni Rumah Puteri Arafiah
14/02/2020
Lihat semua

Bagi mendapatkan idea baharu dalam urusan pindah milik, PKNS menganjurkan Bengkel Pelan Strategik Urusan Pindah Milik dengan mengumpulkan seramai lebih 60 anggotanya.

Bengkel yang diadakan di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS itu menghimpunkan anggota PKNS yang menguruskan urusan pindah milik di tiga wilayah iaitu utara, selatan dan tengah.

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Hajah Norita Mohd Sidek berkata, tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi platform kepada anggota mencambah idea baharu dalam urusan pindah milik PKNS.

“Sebanyak 17,500 pembeli yang belum lagi menyelesaikan urusan pindah milik. Hanya anggota yang menguruskan urusan ini mengetahui apa masalah sebenar kerana mereka yang turun padang berjumpa dengan pembeli.

“Selain itu, tujuan bengkel ini diadakan juga adalah untuk mendengar keluhan dan masalah anggota sepanjang mereka menguruskan urusan pindah milik. Malah, mungkin mereka juga memerlukan latihan atau kemahiran lain yang lebih baik daripada sedia ada dalam menyelesaikan urusan pindah milik.

“Bagaimanapun, tujuan paling utama adalah untuk mengumpulkan semua kakitangan yang menguruskan urusan pindah milik sekali gus merapatkan ukhuwah antara satu sama lain kerana mereka bekerja sehingga malam untuk bertemu pembeli,” katanya ketika berucap pada bengkel berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Haji Ishak Hashim berkata, masalah utama dalam urusan pindah milik adalah waris tidak mengetahui yang mereka perlu menyelesaikannya dan terdapat beberapa kes yang sudah lebih 20 tahun tidak diselesaikan.

“Malah, ada waris yang menyewakan rumah mereka kepada penyewa luar kerana tidak tahu menguruskannya. Selain itu, masalah yang menyumbang kepada banyak kes pindah milik tidak dapat diselesaikan adalah faktor kewangan kerana mereka perlu membuat pembayaran di pejabat tanah dan yuran guaman.

“Oleh demikian, kita adakan bengkel ini untuk mengetahui masalah kakitangan yang menguruskan urusan pindah milik. Bengkel ini turut disertai oleh peguam dilantik PKNS yang menguruskan pindah milik dan dibantu Bahagian Perundangan,” katanya.

Coretan lensa sekitar Bengkel Pelan Strategik Urusan Pindah Milik yang diadakan pada 10 Februari 2020.

Comments are closed.