PKNS bantu pembinaan Makmal Ibadah SRA Dusun Nanding

Selamat bersara Dato’ Mohd Azizi
06/12/2020
Jasamu Dikenang Encik Azmi…
13/12/2020
Lihat semua

PKNS menyumbangkan wang tunai berjumlah RM108,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding, Hulu Langat bagi menampung kos pembinaan Makmal Ibadah di sekolah tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Haji Abd Jabar kepada Guru Besar SRA Dusun Nanding, Ustaz Jamaluddin Sihab di Ibu Pejabat PKNS pada 7 Disember 2020.

Penyerahan sumbangan yang menggunakan peruntukan di bawah kategori Asnaf Fisabilillah itu disaksikan oleh Penyelia Kanan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Mohd Samsuri Sibadar.

SRA Dusun Nanding sebelum ini telah mengumpul dana sebanyak RM200,000 bagi menampung kos keseluruhan pembinaan Makmal Ibadah tersebut yang berjumlah RM440,000.

Kerjasama pertama dengan Jabatan Pendidikan Islam JAIS bermula sejak 2013, di mana PKNS Ketika itu memberi sumbangan berjumlah RM100,000 untuk membaik pulih Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap.

Pada 2014, PKNS menyumbangkan set alat pembesar suara mudah alih kepada 99 SRA berjumlah RM229,928 dan menyumbangkan RM165,673.94 pada tahun 2015 untuk Bantuan Kewangan Pelajaran.

PKNS turut menyumbangkan RM150,000 untuk membantu pembinaan Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa Kemandul pada 2017 dan pada 2018, PKNS sekali lagi menyumbangkan set alat pembesar suara kepada Sekolah Agama JAIS bernilai RM269,546.

Pada 2019, PKNS menyumbang sebanyak RM198,000 untuk pembelian komputer riba dan Projektor LCD kepada 44 SRA.

Sekitar majlis ringkas penyerahan cek berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat PKNS pada 7 Disember 2020.

Comments are closed.