PKNS komited bantu umat Islam di Kemboja

Puan Sapna binti Turmidi
14/02/2020
PKNS sasar peratusan lebih tinggi untuk APPC 2020
27/02/2020
Lihat semua

Pembangunan pendidikan Islam menjadi sebahagian daripada agenda PKNS dalam memastikan syiar Islam dan ummah dimartabatkan.

Sehubungan dengan itu, PKNS telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberikan bantuan pembangunan setiap tahun di Kemboja sejak 2014.

Terbaharu, PKNS menyampaikan sumbangan sebanyak RM29,190 untuk pembangunan Pendidikan Islam di Kemboja.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS, Hajah Siti Zubaidah Haji Abd Jabar kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS, Anas Ayob dalam satu majlis yang diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 12 Februari 2019.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS berkata, selaku pemaju hartanah, PKNS sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam.

“Tanggungjawab yang dipikul JAIS dalam menyebarkan ajaran Islam merentasi benua dan menjengah ke bumi Kemboja dalam memastikan Islam berkembang dengan jayanya. Kita sentiasa bersedia memperuntukkan sejumlah bajet menggunakan peruntukan 3/8 wakalah agihan wang zakat PKNS.

“Kita mula bekerjasama sejak 2014 dengan menyumbangkan RM58,480 untuk mencetak 12,000 naskhah buku teks pendidikan Islam menggunakan Bahasa Khmer.

“Malah, kita berbesar hati apabila diberi peluang pergi ke Kemboja pada April tahun lalu bagi meninjau sendiri murid-murid yang telah menerima bantuan daripada PKNS,” katanya.

Paparan lensa sekitar majlis berkenaan yang diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 12 Februari 2019.

 

 

Comments are closed.