PKNS rai warga kerja, anak cemerlang akademik

Dedikasi, komited terhadap kerja keutamaan Yeo
07/09/2020
48 Jam Mesti Beli @ Antara Gapi sasar jualan RM5 juta
21/09/2020
Lihat semua

SERAMAI 51 anak-anak anggota PKNS serta anak syarikatnya yang cemerlang dalam bidang pendidikan diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) pada 5 September 2020 di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja (PKP) PKNS dan Badan Islam PKNS itu turut meraikan 15 anggota PKNS yang menyambung pengajian dalam bidang masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YBhg Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain ketika berucap dalam majlis itu berkata, pendidikan penting dalam menentukan masa hadapan seseorang terutama dalam memadankan diri dengan jenis pekerjaan yang sesuai, lebih-lebih lagi ketika situasi peluang pekerjaan kini semakin mencabar.

“Apabila melanjutkan pengajian di universiti, ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang sekali gus mewujudkan persaingan sengit antara satu sama lain.

“Pada masa kini, kualiti untuk mendapatkan gred agak mudah. Penting sebagai ibu bapa memastikan anak belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, YBhg Dato’ Mohd Azizi berkata, PKNS sentiasa komited dalam membantu anggota meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran masing-masing.

“Kita mempunyai tabung pendidikan syarikat milik kerajaan (GLC) dan PKNS merupakan antara penyumbang terbesar. Oleh demikian, PKNS sentiasa menggalakkan anggota menyambung pengajian di peringkat tinggi dengan melakukan pemohonan melalui tabung tersebut,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PKP, Tuan Haji Asana Ali berkata, matlamat utama penganjuran majlis itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada anak-anak anggota PKNS serta anak syarikat.

“Keputusan cemerlang yang diperoleh adalah bukti pengorbanan anak-anak dan ibu bapa.

“Malah, anggota PKNS yang melanjutkan pengajian juga banyak mengorbankan masa kerana perlu bijak membahagikan masa antara menyambung pelajaran dan pekerjaan,” katanya.

Coretan lensa sekitar Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC) di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS pada 5 September 2020.

Comments are closed.