Dalam program berkenaan, sebanyak 72 keluarga Orang Asli menerima sumbangan barangan keperluan asas berjumlah RM200 setiap keluarga.
Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS, Tuan Haji Idris Ishak hadir bagi meraikan dan menyantuni penerima sumbangan.
Hadir sama, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM, Dr Ahmad Irdha Mokhtar dan Tok Batin Masyarakat Orang Asli, Tok Intan Pendek.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada zakat PKNS berjumlah RM21,250 yang diserahkan oleh Tuan Haji Idris kepada Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, UKM, Dr Zulkefli Aini dalam satu majlis di Ibu Pejabat PKNS pada 10 Disember 2020.
Untuk rekod, pada 2019 di lokasi yang sama, PKNS juga pernah bekerjasama dengan UKM menerusi program berkhatan dengan sumbangan sebanyak RM10,000.
Coretan lensa sekitar Program Jalinan Kasih Orang Asli di Kampung Orang Asli, Pulau Indah yang diadakan pada 12 Disember 2020.