PKNS sasar peratusan lebih tinggi untuk APPC 2020

PKNS komited bantu umat Islam di Kemboja
14/02/2020
PKNS sumbang pakej jahitan bantu usahawan asnaf
02/03/2020
Lihat semua

PKNS menyasarkan memperoleh peratusan lebih tinggi dalam Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini berbanding dua tahun lalu iaitu 74.46 peratus.

Pengurus Bahagian Khidmat Sokongan PKNS, Mohd. Faizal Dolah berkata, penilaian APPC yang dibuat oleh panel penilai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor diadakan setiap dua tahun dan kali ini melibatkan 43 agensi kerajaan negeri.

Menurutnya, penilaian ini dibuat berdasarkan kepada tiga komponen iaitu pengurusan, pematuhan dan kualiti serta perkhidmatan teras.

“Pada penilaian lalu, PKNS mendapat 74.46 peratus dan empat bintang. Oleh demikian, pada tahun ini kita menyasarkan untuk memperoleh peratusan lebih tinggi selain dianugerahkan lima bintang.

“Bagi mendapatkan keputusan cemerlang, kita mengambil semua cadangan dan saranan yang diberikan oleh pihak SUK dan memperbaikinya pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Lawatan Pemeriksaan Panel Penilai Anugerah APPC Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS pada 24 Februari lalu.

Terdahulu, sebanyak 12 penilai APPC 2020 daripada SUK Selangor yang diketuai Mohd Ikram Rahimi membuat lawatan pemeriksaan di Ibu Pejabat PKNS.

Lawatan itu yang turut disertai Ketua Pegawai Teknikal PKNS, Ir. Haji Md Kamarzan Md Rais, tamat kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata, keputusan penilaian APPC 2020 itu hanya akan diketahui pada Mei nanti selepas 43 agensi kerajaan negeri dinilai.

“Bagaimanapun, rumusan daripada pihak penilai tadi mereka mengatakan bahawa kesemuanya berada di tahap baik dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Selain itu, penilai memaklumkan bahawa dokumen yang diberikan kepada mereka untuk dinilai juga lengkap dan memudahkan mereka membuat penilaian mengikut komponen,” katanya.

Coretan lensa sekitar Lawatan Pemeriksaan Panel Penilai Anugerah APPC Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS pada 24 Februari lalu.

 

Comments are closed.