PKNS sumbang pakej jahitan bantu usahawan asnaf

PKNS sasar peratusan lebih tinggi untuk APPC 2020
27/02/2020
Info Novel Coronavirus 1
04/03/2020
Lihat semua

BAGI membantu meningkatkan pendapatan golongan asnaf fakir/miskin, PKNS mengambil inisiatif memberi sumbangan berjumlah RM50,000 kepada 10 asnaf tersebut melalui Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).

Melalui sumbangan berbentuk pakej jahitan itu, penerima masing-masing menerima dua mesin jahit iaitu mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi berjumlah RM5,000.

Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS, Hajah Siti Zubaidah Haji Abd Jabar berkata, PKNS sudah bekerjasama dengan TERAS sejak 2017 lagi bersama beberapa agensi lain.

Menurutnya, usaha ini bertujuan membantu peniaga daripada asnaf fakir/miskin menambah pendapatan sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.

“Bagaimanapun sejak tahun lalu, kerjasama dengan TERAS adalah untuk mengagihkan 3/8 wakalah wang zakat kepada asnaf yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek sumbangan PKNS kepada Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim di Ibu Pejabat TERAS di Klang Sentral, Klang pada 27 Februari lalu.

Untuk rekod, pada tahun lalu, PKNS memberi sumbangan sebanyak RM150,000 untuk membeli 13 vakum bagi pakej cucian fabrik.

Coretan lensa sekitar program berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat TERAS di Klang Sentral, Klang pada 27 Februari 2019.

 

Comments are closed.