PKNS terap budaya cintai alam sekitar menerusi QSHE

Tingkat prestasi kerja, terus jana keuntungan: CEO
17/01/2020
Sasar skor 4.0: Dato’ Azizi
07/02/2020
Lihat semua

Pertandingan Melukis Poster Kempen Alam Sekitar bersama anak-anak Taska Mutiara PKNS dengan bimbingan anggota PKNS mampu menerapkan kesedaran memelihara alam sekitar dalam proses kerja seharian.

Pengurus Bahagian Sistem Kualiti, Cik Azlinda Aziz berkata, pertandingan melukis poster ini merupakan antara pengisian dalam Program QSHE PKNS 2020 selain sebagai tanda sokongan PKNS terhadap Kempen Alam Sekitar.

Menurutnya, dalam pertandingan ini, bunting terpakai dari program PKNS yang lepas digunapakai semula bagi menggantikan penggunaan kertas lukisan.

“Kita mahu memupuk kesedaran berkaitan sistem pengurusan kualiti keselamatan dan alam sekitar bukan sahaja dalam kalangan anggota PKNS, selain dalam masa sama mendidik kanak-kanak untuk mencintai alam sekitar.

“Seramai 45 kanak-kanak dari Taska Mutiara PKNS berusia tiga hingga empat tahun dengan bantuan tujuh guru terlibat dalam pertandingan ini.

“Turut terlibat 30 anggota PKNS yang mewakili lima persatuan di PKNS iaitu Badan Islam, Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja PKNS (PKP), Persatuan Pegawai Kanan (SOA), Persatuan Pegawai Eksekutif (EOA) dan Kesatuan Pekerja-pekerja PKNS,” katanya.

Beliau berkata, program secara terus gabungan persatuan di PKNS bersama anak-anak taska ini pertama kali diadakan.

Selain Pertandingan Melukis Poster Kempen Alam Sekitar, tiga lagi pertandingan yang diadakan dalam Program QSHE PKNS 2020 ialah e-QSHE Challenge, QSHE Fun Day dan Pertandingan Membina Replika Bangunan Ikonik atau Mercu Tanda di Malaysia.

Info:

Objektif Program QSHE PKNS 2020:

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran berterusan, selain mengukur dan menilai tahap kefahaman anggota PKNS mengenai Sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (SPQSHE) PKNS dan Sistem Tindakan Kecemasan yang ada di bangunan PKNS serta tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku kecemasan atau bencana semasa di tempat kerja.

Aksi cilik anak-anak Taska Mutiara PKNS bersama anggota yang terlibat dalam program berkenaan.

Comments are closed.