PKNS terus santuni Rumah Puteri Arafiah

Lebih 60 anggota bertukar pendapat dalam urusan pindah milik
12/02/2020
Puan Sapna binti Turmidi
14/02/2020
Lihat semua

PKNS melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) meneruskan tradisi tahunannya dengan memberikan sumbangan kepada Rumah Puteri Arafiah yang bernaung di bawah Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Sebanyak RM100,000 disumbangkan tahun ini bagi membiayai kos operasi kepada pusat jagaan remaja wanita tersebut yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Pengurus Besar Perhubungan Korporat PKNS, Hajah Roziah Haji Ahmad berkata, PKNS telah membantu Rumah Puteri Arafiah sejak dari awal pusat jagaan itu ditubuhkan iaitu pada 2011 bagi memberi perlindungan, pemulihan dan bimbingan kepada remaja perempuan yang terjebak dengan masalah sosial, penganiayaan serta pengabaian.

“Sehingga tahun lalu, PKNS telah membantu membaik pulih dan membiayai kos operasi Rumah Puteri Arafiah lebih RM1.3 juta dan kita sendiri mengadakan mesyuarat dengan pentadbiran pusat jagaan ini untuk mengetahui apa yang mereka perlukan.

“Kita membantu sejak dari awal penubuhannya dan sebarang bantuan keperluan di setiap kawasan akan dilakukan demi memastikan keselesaan remaja yang sedang mengikuti proses pemulihan,” katanya ketika ditemui dalam majlis Perasmian Wajah Baharu Rumah Puteri Arafiah pada 12 Februari lalu.

Majlis itu disempurnakan oleh Penaung Pekawanis, Yang Amat Mulia Tengku Putri, Datin Paduka
Hajah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut hadir, Pengerusi Pekawanis, YABhg Masdiana Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu 3, YB Rodziah Ismail dan Pengurus Rumah Puteri Arafiah, Puan Jamaliah Abu Rohan.

 

Pengurus Rumah Puteri Arafiah, Puan Jamaliah Abu Rohan ketika berucap pada majlis berkenaan.

Coretan lensa sekitar majlis berkenaan yang diadakan pada 12 Februari 2020.

 

Comments are closed.