MENYEDARI terdapat segelintir anggota yang terjejas akibat COVID-19, PKNS tampil menyampaikan Bantuan Khas COVID-19 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dataran Galeria, Blok A, Ibu Pejabat PKNS.
Pengurus Komunikasi Korporat, Encik Mohd Faizal Dolah yang hadir menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima ketika ditemui berkata, sehingga kini seramai 50 penerima yang terkesan, masing-masing menerima bantuan RM500.
Ujarnya, bantuan tersebut diberikan kepada pasangan anggota PKNS yang terjejas seperti pasangan kehilangan kerja dan pendapatan berkurangan akibat gaji dipotong.
“Pada tahun lalu, seramai 29 penerima mendapat manfaat daripada bantuan ini dengan jumlah sumbangan sebanyak RM14,500,” katanya.


Sebahagian anggota yang menerima bantuan yang disampaikan.