Program Pementoran relevan diteruskan

Aksi persahabatan erat hubungan
12/04/2021
GROW PKNS 2020 catat jualan RM4 juta
16/04/2021
Lihat semua

PKNS berazam melibatkan semua anggota yang berkhidmat kurang dari lima tahun dalam Program Pementoran PKNS bagi melahirkan warga kerja yang berkeperibadian dan berprestasi tinggi dalam bidang kerjaya, sahsiah serta psikososial.

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Tuan Haji Suhaimi Haji Kasdon berkata, melalui program itu, anggota baharu dapat bersama dengan anggota yang lebih berpengalaman khususnya dalam perkongsian mengenai budaya kerja, disiplin dan amalan baik di PKNS.

Lebih-lebih lagi, tambah beliau, penganjuran Program Pementoran PKNS yang telah memasuki tahun kesembilan pada 2020 terbukti berkesan dan berjaya sekali gus relevan untuk diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

“Kepada anggota baharu, janganlah malu untuk bertanya kepada mereka yang telah lama berkhidmat di PKNS ini kerana segala pengalaman mereka pastinya dapat memberikan serba sedikit ilmu yang bermanfaat. Ia bukan sahaja dari aspek pekerjaan, malah dari sudut kehidupan sekalipun pastinya ada yang dapat kita jadikan teladan.

“Program Pementoran PKNS ini telah memasuki tahun kesembilan penganjurannya dan sudah semakin matang dalam mendepani cabaran yang mendatang. Pelbagai inisiatif, penambahbaikan dan pembaharuan telah dilaksanakan sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2012.

“Sepanjang penganjuran program ini, seramai 598 orang mentor dan menti telah ditauliahkan dan menamatkan program ini dengan jayanya. Bagi Program Pementoran PKNS 2021, seramai 34 orang anggota terlibat yang terdiri daripada 17 mentor dan 17 menti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutupan Program Pementoran 2020 dan Pelancaran Program Pementoran 2021 di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS.

Hadir sama, Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia PKNS, Tuan Haji Ibrahim Surib merangkap Penasihat Jawatankuasa Pengupayaan Kendiri PKNS.

Program Pementoran 2020 menyaksikan Anugerah Pasangan Mentor/Menti Terbaik dimenangi oleh Cik Norfadihana Mat Husin (menti) daripada Bahagian Komunikasi Korporat dan Puan Farhanah Wafa’ Mohd Wazir (mentor) daripada Bahagian Perancangan Korporat.

Anugerah Mentor Terbaik pula dimenangi oleh Puan Rohayati Mohd Hashim daripada Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko manakala Anugerah Menti Terbaik diraih Encik Muhammad Fikri Hakim Mohd Tahir (Arkitek).

Paparan lensa sekitar majlis berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat PKNS.

 

Comments are closed.