PKNS terus santuni Rumah Puteri Arafiah
14/02/2020
PKNS komited bantu umat Islam di Kemboja
14/02/2020
Lihat semua

Nama: Sapna binti Turmidi

Jawatan: Pengurus Kanan Perundangan PKNS

Asal: Klang, Selangor

Tarikh lahir: 24 Oktober 1973

Umur: 46 tahun

Latar belakang pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Apakah pekerjaan sebelum berkhidmat di PKNS?

Saya merupakan seorang peguambela dan peguamcara dan telah menimba pengalaman di beberapa firma guaman di sekitar Klang selama lebih kurang 6 tahun sebelum berkhidmat di PKNS pada Ogos 2004.

Apakah pengalaman paling mencabar sepanjang di PKNS?

Memulakan karier di PKNS sebagai satu-satunya Pegawai Undang-Undang pada masa itu, adalah cabaran pertama yang perlu saya lalui kerana segala pekerjaan perlu dilakukan sendiri. Bahagian Perundangan hanya diwujudkan pada tahun 2009 dan ia telah berkembang sehingga kini dengan kekuatan 11 anggota yang mana lima daripadanya adalah pegawai profesional.

Semasa berkhidmat di Bahagian Perundangan PKNS, kes paling mencabar yang pernah saya uruskan adalah berkaitan dengan tuntutan saman yang dibuat oleh sebuah syarikat terhadap PKNS pada tahun 2013. Ketika itu, syarikat tersebut telah mendapat Perintah Mahkamah Tinggi terhadap PKNS dan akaun PKNS telah dibekukan. PKNS telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan telah berjaya mengetepikan perintah tersebut. Selanjutnya syarikat tersebut tidak berpuas hati dengan kemenangan PKNS telah merayu ke Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun, alhamdulillah PKNS berjaya dalam kes ini, sekali gus mengelakkan kerugian sebanyak RM161 juta yang dituntut oleh syarikat tersebut.

Bagaimanakah cara memotivasikan diri sendiri?

Sentiasa berfikiran positif dan bersyukur atas nikmat-Nya serta menjadikan pekerjaan sebagai suatu amanah yang perlu dilakukan dengan sebaiknya.

Nasihat kepada generasi muda

Saya ingin menyeru kepada anggota baharu PKNS supaya menerapkan sikap seronok bekerja dan selalu berazam untuk memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Selain itu, jangan segan bertanya dan belajar perkara baharu kerana setiap hari adalah proses pembelajaran.

Harapan kepada PKNS

Sudah pasti saya mengharapkan yang terbaik untuk PKNS supaya sentiasa berada di mercu kejayaan pada masa hadapan. Selain itu, PKNS perlu setanding dengan pemaju-pemaju hartanah yang lain dari segi kualiti produk dan perkhidmatan kerana PKNS mempunyai kelebihan sebagai sebuah organisasi yang dekat dengan rakyat negeri Selangor.

Pencapaian

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya di PKNS, saya pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2006 dan 2017.

Hobi pada waktu lapang

Membaca bahan bacaan yang ringan dan santai seperti majalah Keluarga, Mingguan Wanita dan menonton filem.

Comments are closed.