Residensi Aurora kediaman pintar di SCV

LANGKAH PENCEGAHAN MENJADI AGEN PENYEBAR COVID-19
02/10/2020
Lihat semua

PKNS tampil dengan projek kediaman baharu yang menawarkan ciri-ciri rumah terkini dan dibina dengan reka bentuk yang menitikberatkan penyediaan pengudaraan serta pencahayaan semula jadi.

Projek Residensi Aurora yang terletak di Parcel B, Seksyen 5, Selangor Cyber Valley (SCV) itu menawarkan 300 unit rumah teres dua dan tiga tingkat.

Bagi membolehkan pembeli merasai sendiri pengalaman dengan projek kediaman itu, PKNS pada 27 September 2020 menganjurkan Jom Beli di Selangor Cyber Valley yang berlangsung di rumah contoh Residensi Aurora.

Pengurus Jualan Hartanah Wilayah Selatan, Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Selatan, Tuan Haji Asana Ali berkata, bagi rumah teres dua tingkat, PKNS menawarkan 236 unit manakala rumah teres tiga tingkat sebanyak 64 unit.

Menurutnya, kesemua unit yang disediakan itu dijual dengan harga bermula RM855,000 hingga RM1.5 juta.

“Bagi projek ini, PKNS bina dengan dilengkapi ciri-ciri rumah pintar selain mempunyai ruang yang fleksibel.

“Kita yakin projek ini menjadi pilihan pembeli kerana maklum balas diterima mengatakan Residensi Aurora adalah projek pembinaan rumah yang terbaik di Cyberjaya setakat ini. Kelebihan pembeli yang hadir pada majlis ini, mereka dapat melihat sendiri unit mana yang dikehendaki kerana 90 peratus projek ini telah siap.

“PKNS menyasarkan serahan kunci dapat diberikan sepenuhnya kepada pembeli menjelang sebelum pertengahan tahun hadapan,” katanya.

Comments are closed.