Waris mangsa kemalangan di Turki terima pampasan

‘Food Bank For You’ bantu anggota PKNS terjejas akibat COVID-19
03/03/2021
PKNS terus cipta kejayaan
08/04/2021
Lihat semua

Waris kepada Tuan Haji Azalan Miswan, anggota PKNS yang maut dalam nahas di Turki pada 16 Oktober 2019 menerima pampasan insurans kemalangan berkelompok daripada PKNS.

Pampasan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi PKNS, Tuan Haji Suhaimi Haji Kasdon kepada balu Allahyarham, Puan Siti Faredah Ahmad bernilai RM56,000 di kediamannya di Shah Alam, Selangor. Hadir sama, Pengurus Besar Pentadbiran & Sumber Manusia, Tuan Haji Ibrahim Surib.

Mengulas lanjut, Tuan Haji Ibrahim berkata, sumbangan yang diberi adalah inisiatif PKNS yang telah menginsuranskan semua anggotanya sejak lima tahun lalu.

“Setakat ini, kita telah membantu dua kes iaitu seorang anggota terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Sungai Buloh dan kemalangan di Turki yang berlaku dua tahun lalu.

“Untuk hari ini, kita telah mendapat insuran sebanyak RM56,000 dan menyerahkannya kepada waris keluarga anggota PKNS terbabit,” katanya.

Jelas Tuan Haji Ibrahim, PKNS sangat mengambil berat kebajikan pekerjanya apabila turut mengambil inisiatif memberikan sumbangan RM3,000 kepada anggota sekiranya ibu bapa, anak atau pasangan meninggal dunia.

Mengimbas kembali insiden berkenaan, Tuan Haji Azalan yang meninggal dunia di tempat kejadian merupakan salah seorang daripada 25 orang dan 9 ahli keluarga anggota PKNS yang ke Turki untuk program percutian.

Manakala, 28 yang lain cedera termasuk lima parah apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Afyonkarahisar dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Allahyarham Tuan Haji Azalan merupakan Pembantu Tadbir Kanan dan telah berkhidmat selama 28 tahun dengan PKNS meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata.

Meskipun sudah lebih setahun berlaku, insiden tersebut masih segar dalam ingatan dan begitu mendalam kesannya bagi mangsa terlibat.

Sekitar majlis ringkas penyerahan wang insurans berkenaan yang diadakan di kediaman keluarga Allahyarham di Shah Alam, Selangor.

 

Comments are closed.